SINOPSIS
Kursus ini memberikan fokus kepada konsep budi bahasa, kesantunan dalam berbahasa, konsep kesantunan dan perkaitannya dengan konsep penjagaan muka,stratwgi kesantunan, pembudayaan kesantunan dalam pengajaran dan pembelajaran; dan isu-isu yang berkaitan dengan kesantunan berbahasa.
Thursday, 3 September 2015
Rujukan
Abdul LatibAbd Rahman, Umar Ahmad, Muhaiyuddin Mohamed
Azizi, Abu ZakiRomli
dan Zulkafly Mohd Noor.
(2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia.
Jabatan
Pengajian Melayu IPG Kampus Pulau Pinang.
Pengajian Melayu IPG Kampus Pulau Pinang.
AziziYahaya, Halimah Ma’alip, Jamaludin Ramli, Shahrin Hashim
dan Yusof Boon.
(2009). Modal Insan: Membentuk Keluarga Berkesan. Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
(2009). Modal Insan: Membentuk Keluarga Berkesan. Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Goay, T.C, Wong Y.H & Suraini Basir. (2013). Teks Pra-U STPM Pengajian Am. Kuala
Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Vishalache Balakrishnan. (2009). Pendidikan Moral Untuk Universiti Dan
Kolej.
Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Mab Di. (2011). Punca-punca Berlakunya Pembuangan Bayi.
Diperolehi pada 30 Ogos
2015 daripada https://panitiabmcochrane.wordpress.com/2011/01/13/punca-
punca-berlakunya-pembuangan-bayi/
2015 daripada https://panitiabmcochrane.wordpress.com/2011/01/13/punca-
punca-berlakunya-pembuangan-bayi/
Zarislala. (2014). Penderaan
Kanak-Kanak. Diperolehipada 30 Ogos 2015 daripada
https://zazalolopress.wordpress.com/2014/01/06/penderaan-kanak-kanak-7/
https://zazalolopress.wordpress.com/2014/01/06/penderaan-kanak-kanak-7/
Wednesday, 2 September 2015
Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia 6 : Isu Ponteng Sekolah
Isu ponteng
sekolah
Ponteng
merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari
persekolahan. Kes-kes ponteng sekolah ini
merupakan bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang
lain. Isu ini banyak berlaku di sekolah.
Sebab
yang paling utama yang telah menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dalam isu
ponteng sekolah ialah pelajar kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran
di sekolah. Keadaan ini berlaku mungkin
berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang memerlukan banyak
penghafalan contohnya mata pelajaran sejarah, geografi, biologi dan sebagainya.
Di
samping itu, sebab isu ponteng sekolah sering berlaku secara berterusan ialah
pelajar tidak mampu mengikuti pelajaran dengan lengkapnya kerana pelajar tidak
dapat menyerap sukatan pelajaran yang dipelajarinya dengan berkesan. Ini pasti akan menyebabkan berlakunya isu
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang lemah jika berbanding dengan
pelajar yang cerdas. Jadi mereka akan
hilang minat belajar akibat tidak dapat bersaing dengan rakan-rakan yang lebih
jelas.
Kesan-kesan
ponteng sekolah ialah pelajar-pelajar yang ponteng sekolah akan menyebabkan
pencapaian akademik sesebuah sekolah merosot.
Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar yang ponteng sekolah akan
ketinggalan pelajaran dan pengajaran.
Ini akan menyebabkan pelajar itu tidak dapat menjawab soalan peperiksaan
dengan baik. Kesannya, pencapaian
akaedemik pelajar itu akan merosot dan akhirnya menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik sekolah.
Kesan-kesan
ponteng sekolah terhadap negara ialah ponteng sekolah akan menjejaskan sistem
pendidikan negara pada masa hadapan. Hal
ini dikatakan demikian kerana, sistem pendidikan negara akan terjejas tanpa
pelajar yang berdisiplin dan masa depan pelajar akan hancur atas ponteng
sekolah. Ini juga akan menyebabkan
negara menghilangkan banyak bakal pemimpin negara pada masa hadapan.
Kesan-kesan
ponteng sekolah terhadap masyarakat ialah tabiat ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar dapat menyumbang kepada peningkatan statistik jenayah dalam kalangan
masyarakat terutamanya pelajar sekolah menengah. Dengan ini akan mengancam keselamatan
masyarakat dan menyebabkan masyarakat menjadi tidak aman.
Langkah-langkah
untuk mengatasi isu ponteng sekolah ialah pihak sekolah harus menyediakan
suasana persekolahan yang kondusif dan tidak memberi tekanan kepada
pelajar. Guru juga harus mengubahkan
cara pengajarannya, dengan menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak
berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. Guru juga haruslah dengan ramah dan penuh
kasih sayang terhadap pelajar-pelajarnya supaya mereka akan memberitahu
masalahnya kepada guru mereka.
Selain
itu, masyarakat juga harus memainkan peranan dalam membanteras isu ponteng
sekolah. Masyarakat setempat dapat
membendung masalah ini dengan menasihati perbuatan pelajar atau membuat laporan kepada pihak polis. Masyarakat sepatutnya tidak bersikap
mementingkan diri sendiri dalam menangani masalah ponteng sekolah. Pada masa yang sama, tempat-tempat yang
sering menjadi tempat kumpul pelajar ponteng ini hendaklah sentiasa
dipantau. Masyarakat setempat juga boleh
meminta bantuan pihak polis untuk mengawasi lokasi tertentu yang telah menjadi
tempat kumpul pelajar yang ponteng
sekolah.
Konklusinya, pelajar merupakan tonggak negara pada masa hadapan, oleh
itu pelajar tidak seharusnya melibatkan diri dalam masalah ini.
Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia 5: Isu Gengsterisme
Isu Gengsterisme
Tuntasnya, gejala gengsterisme ini
perlu ditangani dengan drastik terutamanya pihak sekolah hendaklah memberi
perhatian serius terhadap golongan remaja yang berisiko tinggi untuk melibatkan
diri dalam gejala gengsterisme. Semua pihak seharusnya bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk membawa isu ini menemui titik noktahnya supaya masyarakat
yang mempunyai nilai kesantunan yang tinggi dapat dibentuk dan menjurus kepada
pembentukan negara Malaysia yang berketamadunan.
Gengsterisme
merupakan suatu kegiatan gengster atau kumpulan
sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu. Kumpulan
individu ini sanggup melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang demi
mencapai matlamat dan kepuasan diri. Secara umumnya, gejala gengsterisme ini
banyak berlaku di sekolah.
Antara punca yang menyebabkan seseorang itu
terlibat dalam gengsterisme ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut Artwater
(1998), rakan sebaya merupakan rakan seumur dan boleh dikategorikan sebagai
rakan sepermainan atau rakan seperjuangan. Hal ini menyebabkan golongan
masyarakat terutamanya golongan remaja sering terpengaruh dengan tindakan
rakan-rakan mereka. Dengan ini, kesilapan bergaul dengan rakan-rakan akan
menyebabkan seseorang itu melibatkan diri dalam pelbagai perbuatan samseng dan gangster.
Sementelahan,
media massa juga merupakan salah satu punca yang mendorong gejala gengsterisme
berlaku. Pada zaman sekarang yang maju dengan teknologi maklumat, kita boleh
menonton pelbagai jenis filem melalui telefon bimbit, komputer riba mahupun televisyen
pada setiap masa. Sekiranya seseorang yang tidak tahu membezakan intan daripada
kaca menonton filem yang berunsur keganasan, mereka akan terikut-ikut dengan
aksi-aksi ganas pelakon. Dengan ini, pemikiran mereka yang terpengaruh
menyebabkan mereka cenderung untuk melakukan perbuatan yang ganas dan secara
tidak langsung mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gengsterisme. Selain
itu, sesetengah ibu bapa memberi kebebasan yang sepenuh bagi anaknya serta
tidak mengambil kisah tentang kegiatan anaknya dengan rakan-rakan anaknya. Justeru
itu, ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif dalam aktiviti
gangsterisme.
Gejala
gengsterisme telah mencemarkan imej negara. Kegiatan gengsterisme yang berlaku
di sesuatu tempat akan meninggalkan kesan dan tanggapan yang tidak baik di
kalangan pelancong-pelancong asing. Mereka akan berpendapat bahawa negara
Malaysia ialah satu negara yang tidak berdisiplin. Apabila pelancong-pelancong
asing ini balik ke negara asal mereka, komen mereka terhadap negara Malaysia
yang negatif akan mencemarkan nama baik negara. Hal ini secara tidak langsung
juga akan menjejaskan ekonomi negara kita kerana sektor pelancongan yang
menyumbang besar kepada ekonomi negara terjejas.Gejala gengsterisme ini juga menyebabkan
ketenteraman masyarakat setempat terjejas kerana kegiatan pergaduhan, memeras
ugut yang berlaku dengan kerap.
Pelbagai
langkah perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah gengterisme. Seseorang
individu haruslah mempunyai jati diri yang kukuh dengan tidak mudah terpengaruh
oleh orang lain. Seseorang individu seharusnya berfikir sebelum bertindak agar
tindakan yang diambil tidak meninggalkan kesan negatif terhadap individu
tersebut. Pihak ibu bapa juga memainkan peranan dalam menangani isu ini. Ibu
bapa seharusnya mendidik dan membimbing anaknya agar sentiasa berada dalam
jalan yang betul. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap perkembangan anak-anaknya
walaupun sibuk berkerja.
Selain
itu, masyarakat juga harus memainkan peranan dalam menangani gejala
gengterisme. Mereka tidak patut mengamalkan sikap endah tak endah terhadap
gejala ini sebaliknya harus memainkan peranan mereka dengan melaporkan kes-kes
gengsterisme yang berlaku kepada pihak polis. Selain itu, pihak sekolah juga
berperanan penting dalam mengatasi masalah gengsterisme. Sekolah juga boleh melibatkan
semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti persatuan, kelab dan
badan beruniform supaya murid-murid boleh mengisi masa lapang mereka dengan
aktiviti yang berfaedah daripada melibatkan diri dalam gejala negatif.
Tuesday, 1 September 2015
Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia 4 : Isu Pembuangan Bayi
Isu Pembuangan Bayi
Kehidupan
generasi masa kini yang bertunjangkan keseronokan telah menyebabkan mereka
terlibat dalam pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Hal ini telah
menyebabkan sesetengah perempuan mengandungkan anak luar nikah. Dalam situasi
ini mereka yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan
lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas
awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Kesannya, kita sering dengar
tentang berita berkaitan dengan pembuangan bayi saban hari. Keadaan sebegini
sepatutnya tidak berlaku kerana bayi yang dilahirkan umpama kurniaan Tuhan
kepada ibu bapa kepada bayi tersebut. Namun, apakah punca yang telah mendorong
isu ini berlaku?
Antara
punca yang mendorong isu ini berlaku ialah kekurangan didikan agama dalam diri
seseorang. Semua agama mengajar pengikutnya agar melakukan kebaikan dan
mementingkan sikap kesantunan. Mereka yang terlibat dalam isu pembuangan bayi
tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut akan
dosa atau pembalasan Tuhan atas perbuatan mereka. Tanpa didikan agama, mereka
tidak dapat membezakan intan daripada kaca. Tamsilnya, mereka melibatkan diri
dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas. Kesannya, banyak anak luar
nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang untuk menutup
malu perbuatan remaja yang goyah imannya. Hal ini menunjukkan peranan agama
dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh
dan bukan mengikut hawa nafsu semata-mata.
Selain itu, sistem kekeluargaan yang
lemah juga merupakan salah satu sebab berlakunya kes pembuangan bayi. Desakan
hidup yang tinggi menggamit ibu bapa untuk mencari nafkah hidup. Kesibukan ibu
bapa mengejar kemewahan hidup menyebabkan mereka lupa akan tanggungjawab
sebenar mereka dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. Mereka tidak
mempunyai masa untuk mengambil berat tentang perkembangan anak-anak. Hal ini
telah menyebabkan anak mereka tidak mempunyai didikan moral yang kukuh daripada
ibu bapa mereka dan seterusnya menyebabkan mereka tidak mempunyai nilai
kesantunan dalam diri mereka. Kesannya, anak-anak akan mudah terlibat dalam
gejala sosial seperti pergaulan bebas dan akhirnya bayi dilahirkan tanpa
melalui ikatan perkahwinan. Natijahnya, bayi yang tidak diingini kehadirannya menjadi
mangsa kerakusan nafsu. Bayi yang telah dilahirkan akan dibuang seperti sampah
kerana kehadirannya belum dapat diterima.
Isu
pembuangan bayi ini telah memberi impak kepada negara dan masyarakat. Kita akan digelar sebagai masyarakat yang
tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dan masyarakat yang kejam. Nilai-nilai
tradisi masyarakat traditional seperti gotong royong, ziarah menziarahi, saling
membantu dan sebagainya akan luntur kerana masyarakat saling berselisih dan
menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.
Selain
itu, negara akan dianggap lemah dalam pentadbiran kerana tidak mampu menangani
gejala pembuangan bayi tersebut. Perbelanjaan kerajaan juga akan meningkat bagi
menampung bayi yang ditempatkan di rumah kebajikan. Jika kes pembuangan bayi
sering berlaku, kerajaan terpaksa membina lebih banyak rumah kebajikan untuk
menampung bilangan bayi yang semakin bertambah.
Sesungguhnya,
tiada penyakit yang tiada penawarnya. Oleh hal yang demikian, langkah yang
drastik dan efisien perlu diambil untuk menangani masalah ini. Antaranya, ibu bapa harus memberikan didikan
agama dan moral untuk menyedarkan mereka tentang dosa sekiranya mereka berbuat
demikian. Didikan keagamaan perlu diterap dalam jiwa anak mereka pada setiap
masa supaya menjadi panduan kehidupan agar mereka dapat memupuk nilai
kesantunan dan tidak menjalani hidup bertuhankan nafsu. Selain itu, ibu bapa
haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik. Ibu
bapa sepatutnya menunjukkan sikap yang baik di hadapan anak-anak dan menasihati
anak mereka agar tidak terlibat dalam gejala sosial. Ibu bapa juga perlu
meluangkan masa untuk mengambil berat anak mereka dan mengawasi pergaulan anak
mereka. Justeru, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk
menyemai nilai kesantunan dalam diri anak-anak mereka dan secara tidak langsung
mengelakkan mereka daripada terjebak dalam gejala negatif.
Tuntasnya, kita tidak patut melakukan kegiatan penbuangan bayi yang salah di sisi undang-undang walaupun kelahiran bayi tersebut akan menjatuhkan maruah diri sendiri. Hal ini demikian kerana bayi merupakan kurniaan Tuhan kepada setiap ibu bapa, kita seharusnya berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu. Janganlah sudah terhantuk baru terngadah.
Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia 3: Isu Penyalahgunaan Dadah
Isu Penyalahgunaan Dadah
Isu Penyalahgunaan dadah
Jenis-jenis dadah |
Penyalahgunaan dadah merujuk kepada
keadaan menggunakan dadah secara bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Penyalahgunaan
dadah ini ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah dan salah di
sisi undang-undang. Penggunaan dadah akan menyebabkan seseorang berada dalam
keadaan mabuk, khayal, ketagih dan mengalami gangguan tingkah laku,
Kebiasaannya, kegiatan ini berlaku di tempat-tempat yang sunyi dan tidak
dikunjungi oleh orang ramai.
Antara faktor yang menyebabkan isu
in berlaku ialah faktor jati diri seseorang yang tidak kukuh. Mereka mudah
terpengaruh dengan tindakan orang lain malah mereka terikut-ikut dengannya
kerana mereka ingin merasai sesuatu yang baharu.. Kegagalan seseorang mengawal
nafsu menyebabkan mereka terjebak dalam gejala dadah. Tekanan jiwa yang ada
pada diri seseorang juga menyebabkan seseorang itu mengambil keputusan untuk
mencuba dadah sebagai medium utama bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja menyebabkan
kemurungan seseorang itu berlaku dan seterusnya mendorong seseorang itu
menjadikan dadah sebagai teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada
tekanan yang dihadapi.
Selain itu, kemunculan media massa
juga mendorong gejala ini memuncak dengan drastik. Watak-watak dalam filem yang
menghisap dadah menimbulkan rasa ingin cuba dalam diri seseorang. Sesetengah
orang cenderung untuk mencuba meniru artis pujaan mereka yang berlakon dalam
filem. Kesannya, sikap ingin mencuba dalam diri seseorang tanpa memikirkan
kesan buruk akibat tindakan yang diambil menyebabkan mereka terjebak dalam
kancah dadah.
Penyalahgunaan dadah telah
meninggalkan kesan terhadap masyarakat dan negara. Antaranya, kerajaan terpaksa
menanggung kos yang tinggi akibat penubuhan pusat serenti untuk memulihkan
penagih. Pengurusan pusat-pusa serenti ini menelan belanja yang tinggi. Dari
aspek yang lain, penagih dadah yang sentiasa berada dalam keadaan khayal atau
mabuk menyebabkan produktiviti kerja mereka merosot. Dengan ini, negara kita
kehilangan tenaga kerja yang produktif dan ini akan menjejaskan perkembangan
ekonomi negara.
Di samping itu, gejala
penyalahgunaan dadah juga menyebabkan suasana hidup dalam masyarakat menjadi
tidak aman dan tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan
lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk
membeli dadah. Keadaan ini akan mewujudkan perselisihan faham antara golongan
masyarakat akibat mereka sering menuding jari terhadap mereka yang melakukan kegiatan
tersebut. Dengan ini, perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat akan
terjejas.
Antara langkah untuk mengatasi
kegiatan penyalahgunaan dadah ini ialah pihak media massa seharusnya menapis
filem-filem mahupun iklan-iklan terdahulu sebelum menayangkannya. Hal ini dapat
mengelakkan seseorang individu yang masih tidak tahu membezakan intan daripada
kaca terikut-ikut dengan kegiatan negatif yang dijalankan oleh artis-artis
pujaan mereka. Media massa juga boleh menyiarkan iklan-iklan tentang kesan menagih
dadah untuk memberi kesedaran kepada penonton agar tidak menagih dadah.
Selain itu, pihak kerajaan dan juga
badan bukan kerajaan boleh mengadakan pelbagai program mahupun ceramah untuk
memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah. Program-program mahupun ceramah yang
diadakan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan negatif
menagih dadah. Misalnya, kerajaan melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah
mengadakan Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) di peringkat sekolah untuk
memberi kesedaran kepada pelajat supaya mengamalkan gaya hidup sihat yang bebas
daripada dadah.
Masalah
penagihan dadah juga boleh diatasi dengan tindakan individu itu sendiri. Setiap
individu hendaklah mempunyal jati diri yang tinggi agar dapat menangkis apa jua
anasir negatif yang datang. Justeru, setiap orang hendaklah memikirkan masa
depan mereka dan sentiasa menjauhi sikap ingin mencuba atau merasai najis
dadah. Anggapan segelintir orang yang mengatakan bahawa dengan menagih dadah,
seseorang itu dapat menghilangkan segala masalahnya hanya merupakan 'khayalan'
belaka kerana penggunaan dadah tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan kematian
dan kesengsaraan.
Isu
penyalahgunaan dadah ini ialah kegiatan yang negatif ini seharusnya diberi
perhatian serius oleh pelbagai pihak dan seterusnya mengambil langkah proaktif
untuk mengatasi isu ini. Hal ini demikian kerana sekiranya isu ini terus
berleluasa, kemajuan negara akan terbantut akibat golongan masyarakat yang terjerumus
dalam najis dadah tidak dapat menyumbang tenaga mereka dalam pembangunan mereka
bahkan merekalah yang berperanan besar dalam memajukan negara dari aspek
politik, ekonomi dan sosial.
Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia 2 : Isu Penderaan Kanak-Kanak
Isu Penderaan Kanak-Kanak
Kanak-kanak didefinisikan sebagai
seseorang yang berada di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta
Kanak-kanak 2001. Kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai hak
mereka untuk hidup sihat dan bebas daripada keganasan. Namun demikian, isu-isu
penderaan kanak-kanak yang sering terpapar di dada akhbar telah menimbulkan
kerisauan pelbagai pihak. Di Malaysia isu penderaan mula diberi perhatian serius
selepas kes penderaan fizikal seorang kanak-kanak bernama Balasundram.
Kanak-kanak ini dijumpai mati dengan kesan penderaan yang teruk pada awal tahun
1990-an (Farah, 2004). Penderaan kanak-kanak ialah suatu pencabulan atau
pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan
sihat dan bermaruah. Kegiatan ini biasanya berlaku dalam sesebuah institusi
keluarga. Secara umumnya, penderaan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada 4
jenis iaitu penderaan fizikal, penderaan seksualm penderaan emosi dan
pengabaian.
Antara punca yang menyebabkan isu
ini berlaku ialah tekanan masalah ekonomi atau bebanan kerja yang dihadapi oleh
ibu bapa. Keadaan ini yang berterusan akan menyebabkan emosi ibu bapa terjejas.
Ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi mereka dengan baik telah menyebabkan
mereka menjadikan kanak-kanak sebagai medium untuk melepaskan perasaan geram di
samping melepaskan stress mereka. Mereka berkemungkinan akan memukul anak-anak
mereka yang tidak berdosa sehingga lebam. Dengan ini, tekanan jiwa yang
dihadapi oleh ibu bapa telah menyebabkan mereka mendera anak-anak mereka.
Sementelahan, ibu bapa yang
kekurangan didikan agama turut mendorong mereka untuk mendera kanak-kanak. Ilmu
agama merupakan tunggak utama yang akan menjamin keutuhan dan perpaduan
sesebuah institusi keluarga. Ilmu agama juga akan memberi panduan kepada ibu
bapa untuk menguruskan sesebuah institusi keluarga dengan cara yang bermoral
dan berkesan. Oleh itu, ibu bapa yang kurang menerima didikan agama tidak
mempunyai pendekatan yang baik dalam mengurus keluarga mereka. Pegangan agama
yang kurang menyebabkan mereka sanggup mendera anak mereka semata-mata untuk
melepaskan tekanan jiwa yang dihadapi oleh mereka.
Setiap kegiatan yang dilakukan pasti
akan meninggalkan kesan. Antara kesan penderaan kanak-kanak ialah kegiatan ini
akan menyebabkan negara kehilangan waris negara yang berbakat yang akan menerajui
pucuk pimpinan negara pada masa depan. Sekiranya kanak-kanak yang berbakat
didera oleh ibu bapa mereka, pembangunan emosi dan mental mereka akan
terbantut. Mereka akan kehilangan keyakinan diri mereka dan suka mendiamkan
diri mereka. Minat mereka terhadap sesuatu aktiviti mahupun benda juga akan berkurangan.
Dengan ini, insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah seperti yang dihasratkan oleh kerajaan tidak dapat dibentuk. Kekurangan
insan-insan yang berbakat ini secara tidak langsung akan menjejaskan
pembangunan negara di mana mereka tidak dapat menyumbang tenaga mereka terhadap
pembangunan negara. Penderaan kanak-kanak ini juga menyebabkan keamanan
sesebuah masyarakat terjejas. Ibu bapa yang memarahi dan memukul anak-anak
mereka menyebabkan anak-anak menangis kesakitan. Kejadian ini yang berlaku
secara kerap akan menjejaskan keamanan negara.
Kes-kes penderaan kanak-kanak yang
semakin meningkat seharusnya dibendung dengan segera. Antara langkah untuk
membendung masalah ini ialah pelaksanaan “Kempen Keluarga Bahagia”. Yayasan
Budi Penyayang (Penyayang) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita dan
Keluarga telah melancarkan kempen tersebut. Menurut Leela iaitu wakil Penyayang, Penyayang dengan
kerjasama daripada kerajaan akan merangka pelbagai strategi serta aktiviti yang
bersesuaian untuk jangka panjang mahupun pendek untuk melahirkan keluarga yang
bahagia. Dengan ini, kelahiran keluarga bahagia dipercayai mampu mengelakkan
kes-kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku.
Di samping itu, sesi bimbingan dan
kaunseling juga patut diadakan kepada ibu bapa atau pasangan yang berhasrat
untuk berumah tangga. Ini memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang
tanggungjawab mereka terhadap anak. Pendedahan seperti ini juga menyediakan ibu
bapa sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan di samping mengatasi
masalah tekanan yang dihadapi. Pendedahan seperti ini dipercayai dapat
menangani isu penderaan kanak-kanak.
Konklusinya,
pada komen saya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan
sangat ditegah oleh semua agama. Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat
perlindungan daripada ibu bapa dan bukannya didera oleh ibu bapa. Selaku ibu
bapa, mereka tidak harus menjadikan anak mereka sebagai medium untuk melepaskan
perasaan geram mereka. Mereka seharusnya melengkapkan diri mereka dengan ilmu
keibubapaan agar dapat mampu mengurus institusi kekeluargaan dengan teratur.
Monday, 31 August 2015
Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia 1- Isu Pemerdagangan Manusia
Isu Gejala Sosial
Isu Pemerdagangan manusia
Isu Pemerdagangan manusia
Pemerdagangan manusia merujuk kepada
perbuatan berbentuk perdagangan yang melibatkan pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan
seseorang melalui paksaan. Kegiatan pemerdagangan manusia ini secara umumnya
merupakan suatu jenis perhambaan yang melibatkan perekrutan, pengangkutan,
pemindahan, perlindungan, penyediaan mahupun penerimaan seseorang bagi maksud
eksploitasi. Kegiatan pemerdagangan manusia ini semakin berleluasa dan keadaan
ini menjadi semakin membimbangkan lagi apabila negara Malaysia dilabel sebagai
negara transit dan negara destinasi bagi kes pemerdagangan manusia di rantau
Asia Tenggara. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, sesuatu peristiwa
yang berlaku mesti ada sebab musababnya. Persoalannya, apakah punca yang
menyebabkan isu pemerdagangan manusia ini berlaku?
Antaranya ialah penguatkuasaan
undang-undang yang lemah. Kewujudan unsur-unsur rasuah dalam kalangan
pegawai-pegawai kerajaan yang berkaitan menyebabkan undang-undang yang
diperkenalkan tidak dipatuhi sepenuhnya. Misalnya, sesetengah pegawai yang
bertugas di pintu masuk lapangan terbang atau pelabuhan bertindak menerima
rasuah daripada sindiket-sindiket dengan memberi kebenaran kepada sindiket-sindiket
dan mangsa-mangsa untuk masuk ke negara kita dengan mudah.
Selain itu, jurang ekonomi antara
negara juga mendorong isu ini berlaku. Kemiskinan di sesebuah negara akan
mendorong rakyatnya untuk mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Dengan ini, mereka memilih untuk bekerja di negara luar yang lebih kaya tetapi
kekurangan tenaga kerja. Walaubagaimanapun, terdapat pihak-pihak tertentu yang
mengambil kesempatan golongan ini dengan memberi jaminan pekerjaan, tempat
tinggal dan kehidupan yang lebih baik kepada golongan ini. Namun, keadaan
menjadi berlainan daripada apa yang dijanjikan selepas golongan ini dibawa ke
luar negara. Mereka dipaksa menjadi hamba seks dan buruh kerja. Hal ini terbukti
apabila terdapat statistik yang menyatakan bahawa mangsa-mangsa pemerdangangan
manusia ini berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti
Myanmar, Vietnam dan Laos. Dengan ini dapat dibuktikan bahawa jurang ekonomi
antara negara akan menyebabkan isu pemerdangangan manusia berlaku.
Kegiatan pemerdagangan manusia ini
telah mendatangkan pelbagai impak kepada masyarakat dan negara. Antaranya, kegiatan
ini yang berlaku di negara Malaysia telah mencemarkan nama baik negara Malaysia
di mana negara Malaysia dianggap lemah dalam mentadbir negara dan
menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, ekonomi negara juga akan terjejas
kerana pelabur-pelabur tidak berminat untuk melabur di negara ini akibat isu
ini yang berlaku. Sektor pelancongan yang turut menyumbang kepada pendapatan
negara juga akan terjejas kerana pelancong-pelancong berasa keselamatan mereka
terancam apabila mereka berada di Malaysia. Kegiatan ini juga menjejaskan
keamanan masyarakat setempat disebabkan pelbagai gejala sosial yang berlaku
akibat daripada kegiatan pemerdagangan manusia seperti berpeleseran, pelacuran
dan sebagainya.
Kerajaan Malaysia telah mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk memerangi pemerdagangan manusia ini dan telah
membuahkan hasil. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenaikan kedudukan Malaysia
daripada Tahap Tiga dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2015 (TIP) ke Senarai Pengawasan
Tahap 2. Antara tindakan yang diambil ialah kerajaan telah
memperkukuh undang-undang yang berkaitan dengan pemerdagangan manusia. Kerajaan
Malaysia telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007(ATIP) bagi
menangani isu tersebut. Selain itu, kerajaan juga telah meminda akta tersebut agar akta
tersebut menjadi lebih komprehensif di samping menaikkan denda untuk kesalahan
pemerdagangan orang. Melalui akta ini, denda untuk kesalahan pemerdagangan
orang telah dinaikkan antara RM500,000 hingga maksimum RM1 juta.
Tuntasnya,
pada komen saya, kegiatan pemerdagangan manusia yang telah memberi impak-impak
kepada negara mahupun masyarakat seharusnya diberi perhatian oleh pelbagai
pihak dan langkah proaktif seharusnya diambil untuk mencegah isu ini daripada
terus berleluasa. Semua pihak seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing
dalam menangani isu ini. Semoga usaha-usaha yang dijalankan dapat membuahkan
hasilnya dan seterusnya membantu kemajuan negara agar dapat duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.
Strategi Kesantunan
Strategi Kesantunan Verbal
ü Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan
secara lisan atau bukan bertulis.
ü Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan
bertatasusila.
ü Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung
perasaan orang lain semasa berkomunikasi.
ü Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang
sesuai, iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah, lembut, dan sesuai,
walaupun sewaktu menyindir, tidak akan menyinggung perasaan orang lain.
ü Kesantunan dalam berbahasa juga dapat dilihat daripada
penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai.
ü Kesilapan dalam penggunaan kata panggilan atau rujukan
kehormat boleh menyebabkan seseorang berasa tersinggung dan marah.
ü Dalam Bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri
orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama
untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang.
ü Contohnya, sekiranya seseorang itu pensyarah yang
berpangkat doktor falsafah, adalah menjadi kesilapan besar sekiranya kita
memanggil beliau dengan panggilan encik.
ü Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal yang
terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia
I.
Strategi
toleransi
II.
Strategi
bertimbang rasa
III.
Strategi
memberi salam
IV.
Strategi
bersopan santun
V.
Strategi
ramah mesra
VI.
Strategi
tidak mementingkan diri sendiri
VII.
Strategi
merendah diri
VIII.
Strategi
berterima kasih
Strategi Kesantunan Nonverbal
v Kesantunan Nonverbal atau bukan verbal merupakan bahasa
komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan
badan.
v Kesantunan bukan verbal mampu menggambarkan personaliti,
tujuan, dan status sosial seseorang individu.
v Komunikatif lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh
akan lebih berkesan dan maksud yang disampaikan lebih jelas.
v Gerakan anggota badan kita mampu menyampaikan mesej yang
akan difahami oleh orang lain.
v Contoh :
-gerakan mata ke sana dan ke mari menunjukkan seseorang
itu tidak berminat melihat dan mendengar sesuatu yang disampaikan kepadanya.
v Pergerakan mata dan dahi yang berkerut menunjukkan
seseorang itu berminat tetapi tidak percaya.
v Mimik muka mempunyai pelbagai maksud yang tersirat yang
dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi bukan lisan.
v Air muka boleh menggambarkan emosi, perasaan, harapan,
menambat hati seseorang atau perasaan kurang senang.
v Dalam interaksi keluarga dalam masyarakat Melayu,
interaksi tidak selalu bergantung kepada pemilihan perkataan dan struktur ayat.
v Dalam masyarakat Melayu, anak-anak sentiasa diajar
menggunakan tangan kanan untuk memegang makanan dan apabila memberi dan
menerima sesuatu.
v Jadi, penggunaan tangan kiri hendaklah dielakkan.
Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan nonverbal yang terdapat dalam
kehidupan masyarakat Malaysia:
1) Strategi toleransi
2) Strategi bertimbang rasa
3) Strategi memberi salam
4) Strategi bersopan santun
5) Strategi ramah mesra
6) Strategi tidak mementingkan diri sendiri
7) Strategi merendah diri
8) Strategi berterima kasih
Strategi Kesantunan Lisan
- Teori kesantunan Brown dan Levinson (1978:1987) telah mengutarakan andaian bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka, dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.
- Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam.
- Dalam percakapan seseorang perlu bersikap santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dengan situasi.
- Tujuannya adalah untuk menjaga air muka seseorang.
- Bahasa atau tindakan yang mengancam kehormatan orang lain haruslah dihindari.
Empat Strategi Kesantunan Lisan Brown& Levinson
1. Strategi Langsung
- Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
- Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga.
- Contoh: "Ambilkan benda itu"
- Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan efektif.
- Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga
2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
- Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
- Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
- Contoh: " Bolehkah kamu bukakan pintu tu?
3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
- Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
- Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak berhubungan akrab.
- Contoh: "Buka pintu ye."
- Dengan bertutur sebegitu, seolah-olah penutur juga mengambil bahagian penyelesaian pekerjaan "membuka pintu"
- Contoh: "Padamkan tulisan tu, sayang."
- Menggunakan panggilan untuk menunjukkan keakraban.
4. Strategi tidak Langsung
- Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
- Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
- Contoh:" Saya tidak suka sangat bercakap dengan kau."
- Pertuturan sebegini terus terang menyampaikan pandangan penutur dan telah mengancam air muka pendengar.
- Orang Melayu akan menggunakan pelbagai startegi semasa berinteraksi. Antara strategi kesantunan yang digunakan ialah: Strategi ikhlas, strategi merendah diri, startegi maaf, strategi penyelesaian, startegi memberi peluang, startegi penghargaan dan pujian, strategi berterima kasih, strategi kiasan, strategi berhemah dan lemah lembut, strategi bersalam dan memperkenalkan diri, strategi kecindan, strategi menyapa, startegi ungkapan.
Strategi Kesantunan Penulisan
- Menurut Brown& Levinson, strategi kesantunan penulisan melibatkan:
1. Membuat andaian bahawa setiap individu :
- mempunyai air muka
- menyedari bahawa individu yang lain juga mmepunyai air muka
2. Air muka terbahagi kepada dua:
- Air muka positif: keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya dihargai
- Air muka negatif: keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.
Empat Strategi Kesantunan Penulisan Brown & Levinson
1. Strategi Langsung
- Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
- Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat, seperti teman/ anggota keluarga.
2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
- Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
- Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, anatara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
- Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
- Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.
4. Strategi Tidak Langsung
- Penutur melakukan FTA secara tidak lansung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
- Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
Subscribe to:
Posts (Atom)