Mengikut Kamus Dewan Edisi Kedua, kesantunan berbahasa diberi makna sebagai halus berbudi bahasa atau budi pekerti, beradab dan bersopan. Oleh itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.
Menurut Awang Sariyan ( Santun Berbahasa 2007:1), kesantunan berbahasa memang diertikan sebagai menggunakan bahasa yang merdu, sesuai dengan tutur katanya, dan menunjukkan hormat kepada orang tersebut. Kadangkala dalam kehidupan kita seirng bertutur dengan kawan, kita akan meluahkan percakapan secara terus tanpa memikirkan perasaan orang lain. Mungkin dalam percakapan kita akan menyinggung perasaan pihak ketiga atau kawan kita. Apabila masalah ini terjadi dan berterusan, kawan kita akan meninggalkan anda dan seterusnya menyebabkan eseluruhannya berlakunya runtuhlah moral dan kesantunan dalam masyarakat dan negara kita.
Kesantunan berbahasa ini memang berkait rapat dengan imej negara. Reputasi ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menarik pelancong ke negara kita. Sebagai contoh setiap orang di bumi ini memang suka pada orang yang berbudi bahasa dan jika saya ialah pelancong saya juga akan memilh untuk melancong di negara yang mesra, suka tolong-menolong, hidup harmoni antara satu sama lain.
Memilih menantu oleh para ibu bapa semasa anaknya semakin berusai memang merupakan tradisi yang tidak akan putus dalam kalangan rakyat. Sebagai ibu bapa adakah kita akan menilai secara mendalam terhadap calon tersebut sebelum membuat keputusan yang memang penting untuk masa depan anak. Oleh itu, adakah kesantunan berbahasa ini penting? Biasanya, ibu bapa akan menilai calon dari segi percakapan, tindakan, dan juga cara untuk berkenalan. Dalam aspek tersebut, kita tidak akanmelupakan bahawa kesantunan berbahasa ini berhampiran denga kejayaan. Oleh itu, kita mestilah sentisa mengingati diri supaya bersopan santun memberi tanggapan yang jelas dan komen yang positif bahawa ibu bapa mengajar anaknya dengan baiknya sekali.
Kesantunan dalam masyarakat juga memberi kesan yang positif kepada orang lain. Sebagai contoh apaabila kita melawat ke pejabat kerajaan, cara pemakaian, pertanyaaan dan percakapan memang penting. Tamsilnya, apabila kita pergi ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), cara pemakaian kita sangat penting dan kita mestilah menurut peraturan yang ditentukan.Keratan akhbar di bawah menunjukkan sesetengah orang yang tidak mematuhi Kod Etika Perpakaian telah dilarang untuk masuk ke pejabat awam.
Keratan akhbar di atas menunjukkans sesetengah orang yang tidak mematuhi Kod Etika Berpakaian dilarang untuk masuk ke pejabat awam. |
Selain itu, dari segi pertanyaan kita juga merupakan satu teknik yang penting untuk memastikan urusan berjalan lancar, Sebagai contoh apabila kita memerlukan bantuan untuk mengetahui lokais tersebut, adakah kita bertanya seperti "Encik, bolehkan saya tanya mengenai lokasi perpustakaan di sekolah?" atau " Di manakah ya tempat perpustakaan?" Kedua-dua interaksi percakapan ini walaupun isi sama tetapi cara pertanyaan kurang sesuai apabila menanyakan soalan dalam bentuj kedua. Dengan ini, saya ingin menegaskan bahawa kesantunan berbahasa memainkan peranan penting tanpa kira di mana sahaja.
Apabila kita berada dalam suasana dan urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan secara langsung, kesantunan, ini amat penting kerana kebanyakan kita akan berkenalan dengan misalnya pegawai yang berpangkat atau berkerabat diraja beliau memang mengutamakan kesantunan berbahasa dalam pergaulan. Jelaslah bahawa kesantunan berbahasa memang penting untuk kita.
_________________________________________________________________
Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan
Kesantunan melibatkan perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Justeru, kesantunan merupakan usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. Oleh itu, kesantunan diukur berdasarkan kepada penggunaan kata-kata dan perlakuan seseorang individu dalam pergaulan dengan orang lain. Dengan kata lain, kesantunan mempunyai hubungan yang rapat dengan penjagaan muka seseorang yang melibatkan maruah diri.
1. Konsep Penjagaan Muka Masyarakat Cina
- Masyarakat Cina menekankan kepada penjagaan muka dengan menjalankan segala adat tradisi mereka misalnya dalam upacara perkahwinan, kelahiran dan kematian.
- Berdasarkan ketiga-tiga upacara ini, pelbagai adat dijalankan sesempurna mungkin agar tidak menjadi bahan perbualan handai dan taulan serta sebagai strategi penjagaan muka.
- Konsep penjagaan muka dalam masyarakat Cina menyebabkan upacara perkahwinan adalah amat penting.
- Selain itu, ketika kelahiran anak beberapa adat dipatuhi misalnya pada hari ke-29 kelahiran, rambut anak dicukur dan dibungkus dengan kain merah. Rambut digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudiannya dibuang ke sungai. Adat ini bertujuan menjadikan anak itu berani pada masa hayatnya.
- Semasa kematian ibu bapa, masyarakat Cina memerlukan belanja yang besar bagi menampung keranda yang baik, tanah kubur yang baik dan pakaian yang bagus sebagai hadiah terbaik daripada anak kepada ibu bapa
2. Konsep Penjagaan Muka Masyarakat Melayu
- Menurut Asmah Haji Omar (2000), konsep penjagaan muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada penjagaan air muka.
- Air muka bermaksud adab, maruah ataupun harga diri yang perlu dijaga sama ada dalam komunikasi ataupun pergaulan.
- Cara untuk mengekalkan air muka adalah dengan sentiasa menghormati orang tua misalnya, membongkokkan badan apabila melintas di hadapan orang tua, melayan tetamu dengan baik, iaitu dengan bertutur dengan bahasa yang santun dan menghidangkan minuman.
- Air muka dijaga dalam masyarakat Melayu dengan mematuhi bahasa sapaan yang betul. Bahasa sapaan berkait rapat dengan kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap
- Budaya atau kebudayaan yang berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal.
- Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin, colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.
- Edward B. Taylor melihat budaya sebagai suatu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang dieroleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
- Kamus Dewan Bahasa (2002) mendefinisikan budaya sebagai tamadun atau peradaban atau akal budi.
- Kebudayaan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya.
- Kesimpulannya, kebudayaan ialah cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengna kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
- Kebudayaan dan kesantunan mempunyai hubungan yang sangat erat. Kebudayaan merangkumi cara hidup bermasyarakat yang merangkumi aspek kesantunan dalam berkomunikasi sama ada secara verbal ataupun nonverbal.
- Kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni semasa komunikasi dalam hidup masyarakat. Kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni semasa komunikasi dalam hidup masyarakat.
- Budaya sesuatu masyarakat akan dianggap tinggi sekiranya masyarakat tersebut mengamalkan nilai kesantunan.
- Kesantunan juga merupakan usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987)
- Apabila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya maka berlakulah komunikasi silang budaya.
- Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
- berlaku apabial bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
- juga merupakan komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.
- dipengaruhi oleh pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, etika serta tanggapan terhadap sesuatu hubungan.
- Budaya mempengaruhi cara kita berkomunikasi
- Misalnya, budaya di negara di barat yang lebih terbuka akan mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu. Namun masyarakat timur berpendapat perbuatan tersebut sesuatu yang tidak sopan.
Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Melayu
- Berpegang kuat pada adat resam dan agama.
- Bersalam.
Memberi salam kepada ibu bapa |
- Tidak menyampuk semasa orang tua cakap.
- Panggilan yang baik kepada seseorang.
- Penggunaan kata sapaan yang sesuai mengikut konteks.
- Menunduk badan ketika melintasi orang tua.
- Menghormati orang tua.
Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Cina
- Tunduk ketika memberi salam.
- Orang yang lebih tua makan dahulu semasa makan.
- Semasa makan, tunggu semua ahli keluarga tiba dulu.
- Tidak boleh bercakap kasar.
Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat India
- Duduk bersila semasa makan.
- Tidak membazirkan makanan.
- Mematuhi adat dan resam.
Peraturan Tatatertib dan Kelakuan bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang meransang pelajar terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang, menampakkan bahagian badan dan sebagainya
2. Kesantunan Tingkah Laku
Gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Tamsilnya, semasa berurusan dengan ibu bapa, guru besar, mahupun rakan-rakan sekerjanya.
3. Kesantunan Berkomunikasi
Semasa berkomunikasi seseorang guru harus menggunakan perkataan atau bahasa yang sesuai. Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.