Monday 31 August 2015

Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia 1- Isu Pemerdagangan Manusia

Isu Gejala Sosial
Isu Pemerdagangan manusia



    Pemerdagangan manusia merujuk kepada perbuatan berbentuk perdagangan yang melibatkan pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan. Kegiatan pemerdagangan manusia ini secara umumnya merupakan suatu jenis perhambaan yang melibatkan perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan mahupun penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi. Kegiatan pemerdagangan manusia ini semakin berleluasa dan keadaan ini menjadi semakin membimbangkan lagi apabila negara Malaysia dilabel sebagai negara transit dan negara destinasi bagi kes pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, sesuatu peristiwa yang berlaku mesti ada sebab musababnya. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan isu pemerdagangan manusia ini berlaku?

      Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Kewujudan unsur-unsur rasuah dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang berkaitan menyebabkan undang-undang yang diperkenalkan tidak dipatuhi sepenuhnya. Misalnya, sesetengah pegawai yang bertugas di pintu masuk lapangan terbang atau pelabuhan bertindak menerima rasuah daripada sindiket-sindiket dengan memberi kebenaran kepada sindiket-sindiket dan mangsa-mangsa untuk masuk ke negara kita dengan mudah.

      Selain itu, jurang ekonomi antara negara juga mendorong isu ini berlaku. Kemiskinan di sesebuah negara akan mendorong rakyatnya untuk mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Dengan ini, mereka memilih untuk bekerja di negara luar yang lebih kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Walaubagaimanapun, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan golongan ini dengan memberi jaminan pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih baik kepada golongan ini. Namun, keadaan menjadi berlainan daripada apa yang dijanjikan selepas golongan ini dibawa ke luar negara. Mereka dipaksa menjadi hamba seks dan buruh kerja. Hal ini terbukti apabila terdapat statistik yang menyatakan bahawa mangsa-mangsa pemerdangangan manusia ini berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam dan Laos. Dengan ini dapat dibuktikan bahawa jurang ekonomi antara negara akan menyebabkan isu pemerdangangan manusia berlaku.

   Kegiatan pemerdagangan manusia ini telah mendatangkan pelbagai impak kepada masyarakat dan negara. Antaranya, kegiatan ini yang berlaku di negara Malaysia telah mencemarkan nama baik negara Malaysia di mana negara Malaysia dianggap lemah dalam mentadbir negara dan menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, ekonomi negara juga akan terjejas kerana pelabur-pelabur tidak berminat untuk melabur di negara ini akibat isu ini yang berlaku. Sektor pelancongan yang turut menyumbang kepada pendapatan negara juga akan terjejas kerana pelancong-pelancong berasa keselamatan mereka terancam apabila mereka berada di Malaysia. Kegiatan ini juga menjejaskan keamanan masyarakat setempat disebabkan pelbagai gejala sosial yang berlaku akibat daripada kegiatan pemerdagangan manusia seperti berpeleseran, pelacuran dan sebagainya.

 Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memerangi pemerdagangan manusia ini dan telah membuahkan hasil. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenaikan kedudukan Malaysia daripada Tahap Tiga dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2015 (TIP) ke Senarai Pengawasan Tahap 2.  Antara tindakan yang diambil ialah kerajaan telah memperkukuh undang-undang yang berkaitan dengan pemerdagangan manusia. Kerajaan Malaysia telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007(ATIP) bagi menangani isu tersebut. Selain itu, kerajaan juga telah meminda akta tersebut agar akta tersebut menjadi lebih komprehensif di samping menaikkan denda untuk kesalahan pemerdagangan orang. Melalui akta ini, denda untuk kesalahan pemerdagangan orang telah dinaikkan antara RM500,000 hingga maksimum RM1 juta.


Tuntasnya, pada komen saya, kegiatan pemerdagangan manusia yang telah memberi impak-impak kepada negara mahupun masyarakat seharusnya diberi perhatian oleh pelbagai pihak dan langkah proaktif seharusnya diambil untuk mencegah isu ini daripada terus berleluasa. Semua pihak seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menangani isu ini. Semoga usaha-usaha yang dijalankan dapat membuahkan hasilnya dan seterusnya membantu kemajuan negara agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.




Strategi Kesantunan

Strategi Kesantunan Verbal

ü Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis.
ü  Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila.
ü  Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi.
ü  Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai, iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah, lembut, dan sesuai, walaupun sewaktu menyindir, tidak akan menyinggung perasaan orang lain.
ü  Kesantunan dalam berbahasa juga dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai.
ü  Kesilapan dalam penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat boleh menyebabkan seseorang berasa tersinggung dan marah.
ü  Dalam Bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang.
ü  Contohnya, sekiranya seseorang itu pensyarah yang berpangkat doktor falsafah, adalah menjadi kesilapan besar sekiranya kita memanggil beliau dengan panggilan encik.
ü  Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia
                      I.        Strategi toleransi
                    II.        Strategi bertimbang rasa
                   III.        Strategi memberi salam
                  IV.        Strategi bersopan santun
                   V.        Strategi ramah mesra
                  VI.        Strategi tidak mementingkan diri sendiri
                 VII.        Strategi merendah diri

               VIII.        Strategi berterima kasih

Strategi Kesantunan Nonverbal

v  Kesantunan Nonverbal atau bukan verbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan.
v  Kesantunan bukan verbal mampu menggambarkan personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu.
v  Komunikatif lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan dan maksud yang disampaikan lebih jelas.
v  Gerakan anggota badan kita mampu menyampaikan mesej yang akan difahami oleh orang lain.
v  Contoh :
-gerakan mata ke sana dan ke mari menunjukkan seseorang itu tidak berminat melihat dan mendengar sesuatu yang disampaikan kepadanya.

v  Pergerakan mata dan dahi yang berkerut menunjukkan seseorang itu berminat tetapi tidak percaya.
v  Mimik muka mempunyai pelbagai maksud yang tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi bukan lisan.
v  Air muka boleh menggambarkan emosi, perasaan, harapan, menambat hati seseorang atau perasaan kurang senang.
v  Dalam interaksi keluarga dalam masyarakat Melayu, interaksi tidak selalu bergantung kepada pemilihan perkataan dan struktur ayat.
v  Dalam masyarakat Melayu, anak-anak sentiasa diajar menggunakan tangan kanan untuk memegang makanan dan apabila memberi dan menerima sesuatu.
v  Jadi, penggunaan tangan kiri hendaklah dielakkan.


Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan nonverbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia:
1)    Strategi toleransi
2)    Strategi bertimbang rasa
3)    Strategi memberi salam
4)    Strategi bersopan santun
5)    Strategi ramah mesra
6)    Strategi tidak mementingkan diri sendiri
7)    Strategi merendah diri

8)    Strategi berterima kasih

Strategi Kesantunan Lisan

  • Teori kesantunan Brown dan Levinson (1978:1987) telah mengutarakan andaian bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka, dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.
  • Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam.
  • Dalam percakapan seseorang perlu bersikap santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dengan situasi.
  • Tujuannya adalah untuk menjaga air muka seseorang.
  • Bahasa atau tindakan yang mengancam kehormatan orang lain haruslah dihindari.
Empat Strategi Kesantunan Lisan Brown& Levinson

1. Strategi Langsung
  • Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas. 
  • Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga.
  • Contoh: "Ambilkan benda itu" 
  • Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan efektif.
  • Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga
2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
  • Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
  • Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
  • Contoh: " Bolehkah kamu bukakan pintu tu?
3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
  • Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar. 
  • Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak berhubungan akrab.
  • Contoh: "Buka pintu ye."
  • Dengan bertutur sebegitu, seolah-olah penutur juga mengambil bahagian penyelesaian pekerjaan "membuka pintu"
  • Contoh: "Padamkan tulisan tu, sayang."
  • Menggunakan panggilan untuk menunjukkan keakraban.
4. Strategi tidak Langsung
  • Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
  • Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
  • Contoh:" Saya tidak suka sangat bercakap dengan kau."
  • Pertuturan sebegini terus terang menyampaikan pandangan penutur dan telah mengancam air muka pendengar.
  • Orang Melayu akan menggunakan pelbagai startegi semasa berinteraksi. Antara strategi kesantunan yang digunakan ialah: Strategi ikhlas, strategi merendah diri, startegi maaf, strategi penyelesaian, startegi memberi peluang, startegi penghargaan dan pujian, strategi berterima kasih, strategi kiasan, strategi berhemah dan lemah lembut, strategi bersalam dan memperkenalkan diri, strategi kecindan, strategi menyapa, startegi ungkapan.
Strategi Kesantunan Penulisan

  • Menurut Brown& Levinson, strategi kesantunan penulisan melibatkan: 
1. Membuat andaian bahawa setiap individu :
  •    mempunyai air muka
  • menyedari bahawa individu yang lain juga mmepunyai air muka
2. Air muka terbahagi kepada dua: 
  • Air muka positif: keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya dihargai
  • Air muka negatif: keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.
Empat Strategi Kesantunan Penulisan Brown & Levinson
1. Strategi Langsung
  • Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
  •  Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat, seperti teman/ anggota keluarga.
2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
  • Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
  • Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, anatara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
                           
Golongan atasan dan golongan bawahan
3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
  • Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
  • Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.
4. Strategi Tidak Langsung

  • Penutur melakukan FTA secara tidak lansung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
  • Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.



Saturday 29 August 2015

Peraturan Berbahasa

Jenis-jenis Peraturan Bahasa
  •   Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpadukan peraturan-peraturan tertentu.
  • Maknanya apabila seseorang penutur mematuhi peraturan-peraturan yang tertentu itu secara tidak langsung dia telah mangamalkan santun bahasa.
     
Peraturan berbahasa dibahagikan kepada tiga jenis



Peraturan linguistik
  • menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa seperti sebutan, intonasi dan nahu.
  • sangat dipentingkan dalam hal kepenggunaan bahasa yang bersangkutan dengan urusan rasmi
  • menjaga kelancaran dan kesempurnaan sesuatu urusan yang bergantung sepenuhnya terhadap kejelasan mesej atau idea yang mahu disampaikan.
  •  memastikan hadirin yang terlibat dengan urusan saling memahami jurang komunikasi yang berlaku disebabkan perbezaan dialek atau keragaman bahasa.


Peraturan sosiolinguistik
  • menitikberatkan hubungan atau interaksi sosial dalam konteks komunikasi lisan (antara pembicara dengan pendengar) dan komunikasi tulisan (antara penulis dengan pembaca).
  • penggunaan kata sapaan yang betul ketika berkomunikasi dalam sesuatu keadaan.
  •  contoh: penggunaan kata sapaan yang melibatkan kata ganti nama diri sendiri dan orang lain, panggilan hormat yang telah ditetapkan mengikut sistem panggilan dalam masyarakat seperti “tuan” dan “puan” (semasa urusan rasmi).
  •  kata panggilan yang melibatkan sistem kekeluargaan yang betul sebagai tanda hormat.
  •  contoh: “pak cik” dan “mak cik”


Peraturan pragmatik
  • mencapai matlamat dan tujuan interaksi secara sopan dan berkesan.
  •   setiap urusan memerlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya sesuatu tujuan tercapai dan dalam waktu yang sama kesantunan terpelihara tanpa menyinggung hati orang lain.
  • pemilihan kata sesuatu ungkapan atau wacana yang selari dengan tujuan pembicara.
  • contoh: wacana berbentuk pemaparan, penghujahan, pembujukan, dan penceritaan.
  •   Perkara yang harus diambil kira dalam pertuturan:


·Bercakap perkara yang penting dahulu
·Menilai pekara yang hendak dikomunikasika sebelum bercakap (bukan semua yang mahu kita bicarakan adalah mustahak untuk disampaikan).
·Tidak mencelah percakapan orang lain.
· Tidak mengulangi perkara yang sama berulang kali.
· Tidak memuji secara berlebihan.


Jarak sosial
·   Jarak sosial adalah keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada dasarnyaberada dalam zaan atau masa yang sama.
·  Sarjana barat seperti Pitirin A. Sorikin menyatakan pelapisan sosial merupakan perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hiraki.
·  Dari sudut yang lain, jarak sosial dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya.
·   Dalam peraturan berbahasa pula jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok

Konteks percakapan
  •  Menurut Brown dan Yule (1983), menganalisis wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa.
  • Misalnya, penganalisis wacana haruslah mempertimbangkan konteks tempat terdapatnya bahagian sebuah wacana serta perlu mengetahui siapa penutur dan pendengarnya, waktu dan tempat ujaran itu.
  • Dalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam sesuatu peristiwa itu, misalnya penutur, pokok percakapan, tempat bicara dan lain-lain.
  a.    Penutur dan pendengar
Ø  Penutur dan pendengar yang terlibat dalam peristiwa percakapan disebut peserta.
Ø  Berkaitan dengan peserta, yang perlu diperhatikan adalah latar belakang sosial, budaya dan lain-lain.
Ø  Mengetahui latar belakang peserta pada suatu situasi akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya
b.    Topik pembicaraan
Ø  Dengan mengetahui topik pembicaraan, pendengar akan sangat mudah memahami isi wacana, sebab topik pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan betuk wacana yang berbeza pula.
Ø  Penutur dan pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topik yang sedang dibicarakan 
c.    Latar peristiwa
Ø  Faktor lain yang mempengaruhi konteks percakapan adalah latar peristiwa.
Ø  Latar peristiwa mungkin merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar, atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan.
d.    Penghubung
Ø  Penghubung adalah medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan.
Ø  Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur dapat menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau tulisan.
Ø  Ujaran secara lisan dapat pula dibezakan menjadi ragam resmi dan tidak resmi.
e.    Laras bahasa
Ø  Laras bahasa yang digunakan juga amat berkaitan dengan konteks percakapan.
Ø  Penutur dan pendengar harus dapat memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan.
f.     Bentuk pesanan dan maklumat
Ø  Pesanan dan maklumat yang hendak disampaikan haruslah tepat, kerana bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental.
Ø  Pesanan dan maklumat mungkin tidak sampai kepada pendengar
Ø  Contohnya, jika pendengarnya bersifat umum dan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat maka bentuk pesanan dan maklumat harus juga bersifat umum.
g.    Peristiwa percakapan
Ø  Peristiwa percakapan ialah peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan.
Ø  Peristiwa percakapan tersebut dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan.
Ø  Contohnya wacana yang dipersiapkan untuk pidato pasti berbeza bentuk dan isinya dengan wacana untuk seminar.


Tujuan dan Matlamat
  •  Tujuan dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama ada wacana informatif, wacana khas seperti majlis perasmian, majlis perpisahan atau hiburan.
  • Tujuan dan matlamat peraturan percakapan juga berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan sosioekonomi.
  • Tujuan percakapan perlu selari dengan kekhususan topik yang dibicarakan, seperti bidang ilmiah, bidang industri, bidang pemasaran dan lain-lain.
  • Tujuan juga harus bertepatan dengan suasana keadaan seperti tempat berlangsungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa, kemudahan yang ada dan kesediaan khalayak.
  • Dalam percakapan , kita harus bercakap tentang perkara penting dahulu.
  • Perkara yang penting itu mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang.
Giliran bercakap
  • Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap.
  • Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan.
  • Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap.
  •   Berikut adalah beberapa contoh pola penggiliran dengan cara pertanyaan:

·         “Menurut pandangan kamu bagaimana?”
·         “Mungkin anda ada yang memiliki gagasan lain?”
·         “Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik.”
·         “Bagaimana menurut pendapat anda.”

  •    Berikut adalah aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib:

   Dalam keluarga:
·         Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaanya datuk dan nenek
·         Ibu dan bapa
·         Kakak atau abang yang lebih besar
·         Pihak yang paling kecil, khususnya adik.


    Di sekolah:
·         Pengetua atau Guru Besar
·         Penolong kanan sekolah
·         Ketua unit atau jabatan
·         Para pesyarah atau guru
·         Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah

·         Para pelajar

Memulakan dan mengakhiri percakapan
  •  Masyarakat Melayu mementingkan percakapan yang santun.
  •   Bagi masyarakat Melayu, percakapan yang santun dimulai dengan “Assalamualaikum”
  •   Bagi masyarakat yang bukan beragama Islam, biasanya akan memulakan percakapan dengan “salam sejahtera”, “selamat pagi”, “hello, apa khabar” dan memberikan kata hormat kepada hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang yang lebih tua.

Contohnya, mengakhiri percakapan dengan ucapan terima kasih.
  •       “Terima kasihlah kerana sudi datang”
Contohnya,mengakhiri percakapan dengan permohonan maaf.
  •     “Minta maaflah jika kedatangan kami kali ini mengganggu saudara
Pemilihan Kata
  • Pemilihan kata dan tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam sesuatu masyarakat untuk kita berkomunikasi.
  • Pemilihan diksi beserta wacana yang sesuai perlu dalam kesantunan berbahasa. Pemilihan unsur bahasa tersebut berbeza sesuai dengan tujuan dan matlamat orang yang sedang berkomunikasi.

Contoh:
-Pemilihan kata menerusi penceritaan memerlukan ayat yang menarik, kata yang puitis, dan bahasa yang santun agar pembaca terpesona dan berminat untuk mendengar.
-Pemilihan kata dalam wacana lisan pula lebih cenderung kepada kata-kata pujian seperti “anda hebat”, “penyampaian tuan memukau hadirin” dan sebagainya.





Wednesday 26 August 2015

Bentuk dan Jenis Kesantunan

Pendahuluan
  • Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
  • Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

Kesantunan Verbal

  • Kesantunan Verbal bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Muin,1992)
  • Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat.
  • Kesantunan berbahasa seharusnya diamalkan bukan sahaja dalam konteks komunikasi lisan sahaja tetapi juga berlaku dalam komunikasi bukan lisan.
  • Verbal merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan.
  • Kamus Dewan (1984), mendefinisikan lisan sebagai sesuatu yang diucapkan dengan tidak bertulis.
  • Jadi, kesantunan verbal ialah kesopanan dan kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan
  • Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat-maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umun dan lain-lain lagi.
  • Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
  • Sebagai contohnya, komunikasi melalui melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah.

Kita harus bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
- “Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
- “Assalamualaikum”.
- “Terima kasih, sila duduk”.


  • Semasa kita berkomunikasi, komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik digunakan.
  • Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa yang betul.
  • Sintaksis berkaitan dengan penggunaan ayat yang betul, manakala semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat yang digunakan.

Aspek-aspek Kesantunan Verbal

  • Cara sapaan lisan menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
  • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa kesopanan ketika menggunakan bahasa.
       - Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran , rujuk hormat dan ganti nama.
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri tertentu.  Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  • Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.   Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayan, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.   Pemilihan kata dan ungkapan Cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
  • Contohnya:-
- Pak cik: digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah sendiri.
- Mak cik: digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri.
- Tok: digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk dan nenek kendiri.
- Abang: digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.
- Kakak: digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
- Adik: digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda.

Sistem Panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:

a.    Panggilan kekeluargaan pertalian darah
(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak SU.

b.    Gabungan nama kekeluargaan asas
Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik, Kak Cik.

c. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh menantu,mentua dan ipar.
-Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua
-Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua.  Contohnya:abang ipar, kak ipar, adik ipar, mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya


Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

  • Tuan: digunakan untuk lelaki yang lebih tinngi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
  • Encik, Cik: boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
  • Puan: untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
  • Saudara: digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur  dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan, forum, majlis-majlis rasmi, dan sebagainya.
  • Saudari: digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
  • Tentuan: hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman ) seperti Tentuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.

Gelaran Warisan

Sebagai contohnya,
  • Raja (Perak,Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam), Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
  • Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad S.A.W. seperti Syed atau Sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.  Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syeikh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran Kurniaan
  • Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia),  Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan(isteri kepada datuk di Terengganu).
  • Pendeta Za’aba (gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
  • Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Komunikasi Nonverbal
  • Komunikasi nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.
  • Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.(1999) berpendapat bahawa bahasa badan (bahasa tubuh) termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak- geri, roman (rupa muka), gerak mata, sentuhan, suara dan kadar lajuan kita bercakap.

Fungsi Komunikasi Nonverbal

Terdapat beberapa fungsi komunikasi non verbal, antaranya ialah:
  • Penggantian (substituting)
  • Kontradiksi(contrast/regulating)
  • Pelengkap( complement)
  • Penegasan (accenting/moderating)

Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal
  • Gerakan Anggota Badan
  • Gerakan Mata
  • Gerakan Tangan
  • Mimik Muka

Kesantunan Lisan
  •  Komunikasi lisan juga dikenali sebagai komunikasi verbal ialah merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.
  • Komunikasi lisan dapat mengeratkan silaturahim antara sesama manusia malah boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua pihak.
  •  Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :
         -penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
  -penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
  •  Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:

             Ø  Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
Ø  Suara dan intonasi yang sopan
Ø  Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
Ø  Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
Ø  Pengunaan sistem panggilan yang betul
Ø  Gaya bahasa yang sesuai
Ø  Isu perbincangan yang tidak sensitif

  •   Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:

·         Gaya percakapan yang sopan
·         Pandangan mata yang sesuai
·         Gerak laku yang bertatasusila
·         Mimik muka yang positif
·         Hayuman tangan yang sesuai
·         Imej diri

Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk
  • Rasmi/formal-mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain-lain
  •  Tidak rasmi/tidak formal-perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri dan lain-lain.
  • Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
  • Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
  • Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri dengan bahasa santun dan bahasa kasar:

    

Kesantunan penulisan
  • Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal.
  • Penyampaian perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerimaan mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada penyampai mesej.
  • Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa aka datang.
  • Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.
  • Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi formal/rasmi atau tidak rasmi/ tidak formal. 
  • Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah: surat rasmi, laporan, kertas kerja, ucapan rasmi, pidato, minit mesyuarat.
  • Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain.
  •  Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:

     o   Penggunaan kata panggilan yang betul
    o   Kata sapaan yang betul
    o  Gaya bahasa yang betul
    o   Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
    o Isi yang tidak sensitif