Wednesday 26 August 2015

Bentuk dan Jenis Kesantunan

Pendahuluan
  • Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
  • Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

Kesantunan Verbal

  • Kesantunan Verbal bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Muin,1992)
  • Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat.
  • Kesantunan berbahasa seharusnya diamalkan bukan sahaja dalam konteks komunikasi lisan sahaja tetapi juga berlaku dalam komunikasi bukan lisan.
  • Verbal merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan.
  • Kamus Dewan (1984), mendefinisikan lisan sebagai sesuatu yang diucapkan dengan tidak bertulis.
  • Jadi, kesantunan verbal ialah kesopanan dan kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan
  • Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat-maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umun dan lain-lain lagi.
  • Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
  • Sebagai contohnya, komunikasi melalui melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah.

Kita harus bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
- “Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
- “Assalamualaikum”.
- “Terima kasih, sila duduk”.


  • Semasa kita berkomunikasi, komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik digunakan.
  • Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa yang betul.
  • Sintaksis berkaitan dengan penggunaan ayat yang betul, manakala semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat yang digunakan.

Aspek-aspek Kesantunan Verbal

  • Cara sapaan lisan menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
  • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa kesopanan ketika menggunakan bahasa.
       - Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran , rujuk hormat dan ganti nama.
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri tertentu.  Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  • Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.   Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayan, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.   Pemilihan kata dan ungkapan Cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
  • Contohnya:-
- Pak cik: digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah sendiri.
- Mak cik: digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri.
- Tok: digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk dan nenek kendiri.
- Abang: digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.
- Kakak: digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
- Adik: digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda.

Sistem Panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:

a.    Panggilan kekeluargaan pertalian darah
(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak SU.

b.    Gabungan nama kekeluargaan asas
Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik, Kak Cik.

c. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh menantu,mentua dan ipar.
-Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua
-Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua.  Contohnya:abang ipar, kak ipar, adik ipar, mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya


Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

  • Tuan: digunakan untuk lelaki yang lebih tinngi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
  • Encik, Cik: boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
  • Puan: untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
  • Saudara: digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur  dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan, forum, majlis-majlis rasmi, dan sebagainya.
  • Saudari: digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
  • Tentuan: hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman ) seperti Tentuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.

Gelaran Warisan

Sebagai contohnya,
  • Raja (Perak,Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam), Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
  • Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad S.A.W. seperti Syed atau Sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.  Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syeikh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran Kurniaan
  • Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia),  Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan(isteri kepada datuk di Terengganu).
  • Pendeta Za’aba (gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
  • Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Komunikasi Nonverbal
  • Komunikasi nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.
  • Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.(1999) berpendapat bahawa bahasa badan (bahasa tubuh) termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak- geri, roman (rupa muka), gerak mata, sentuhan, suara dan kadar lajuan kita bercakap.

Fungsi Komunikasi Nonverbal

Terdapat beberapa fungsi komunikasi non verbal, antaranya ialah:
  • Penggantian (substituting)
  • Kontradiksi(contrast/regulating)
  • Pelengkap( complement)
  • Penegasan (accenting/moderating)

Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal
  • Gerakan Anggota Badan
  • Gerakan Mata
  • Gerakan Tangan
  • Mimik Muka

Kesantunan Lisan
  •  Komunikasi lisan juga dikenali sebagai komunikasi verbal ialah merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.
  • Komunikasi lisan dapat mengeratkan silaturahim antara sesama manusia malah boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua pihak.
  •  Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :
         -penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
  -penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
  •  Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:

             Ø  Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
Ø  Suara dan intonasi yang sopan
Ø  Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
Ø  Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
Ø  Pengunaan sistem panggilan yang betul
Ø  Gaya bahasa yang sesuai
Ø  Isu perbincangan yang tidak sensitif

  •   Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:

·         Gaya percakapan yang sopan
·         Pandangan mata yang sesuai
·         Gerak laku yang bertatasusila
·         Mimik muka yang positif
·         Hayuman tangan yang sesuai
·         Imej diri

Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk
  • Rasmi/formal-mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain-lain
  •  Tidak rasmi/tidak formal-perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri dan lain-lain.
  • Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
  • Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
  • Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri dengan bahasa santun dan bahasa kasar:

    

Kesantunan penulisan
  • Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal.
  • Penyampaian perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerimaan mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada penyampai mesej.
  • Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa aka datang.
  • Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.
  • Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi formal/rasmi atau tidak rasmi/ tidak formal. 
  • Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah: surat rasmi, laporan, kertas kerja, ucapan rasmi, pidato, minit mesyuarat.
  • Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain.
  •  Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:

     o   Penggunaan kata panggilan yang betul
    o   Kata sapaan yang betul
    o  Gaya bahasa yang betul
    o   Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
    o Isi yang tidak sensitif


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.