Saturday 29 August 2015

Peraturan Berbahasa

Jenis-jenis Peraturan Bahasa
  •   Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpadukan peraturan-peraturan tertentu.
  • Maknanya apabila seseorang penutur mematuhi peraturan-peraturan yang tertentu itu secara tidak langsung dia telah mangamalkan santun bahasa.
     
Peraturan berbahasa dibahagikan kepada tiga jenis



Peraturan linguistik
  • menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa seperti sebutan, intonasi dan nahu.
  • sangat dipentingkan dalam hal kepenggunaan bahasa yang bersangkutan dengan urusan rasmi
  • menjaga kelancaran dan kesempurnaan sesuatu urusan yang bergantung sepenuhnya terhadap kejelasan mesej atau idea yang mahu disampaikan.
  •  memastikan hadirin yang terlibat dengan urusan saling memahami jurang komunikasi yang berlaku disebabkan perbezaan dialek atau keragaman bahasa.


Peraturan sosiolinguistik
  • menitikberatkan hubungan atau interaksi sosial dalam konteks komunikasi lisan (antara pembicara dengan pendengar) dan komunikasi tulisan (antara penulis dengan pembaca).
  • penggunaan kata sapaan yang betul ketika berkomunikasi dalam sesuatu keadaan.
  •  contoh: penggunaan kata sapaan yang melibatkan kata ganti nama diri sendiri dan orang lain, panggilan hormat yang telah ditetapkan mengikut sistem panggilan dalam masyarakat seperti “tuan” dan “puan” (semasa urusan rasmi).
  •  kata panggilan yang melibatkan sistem kekeluargaan yang betul sebagai tanda hormat.
  •  contoh: “pak cik” dan “mak cik”


Peraturan pragmatik
  • mencapai matlamat dan tujuan interaksi secara sopan dan berkesan.
  •   setiap urusan memerlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya sesuatu tujuan tercapai dan dalam waktu yang sama kesantunan terpelihara tanpa menyinggung hati orang lain.
  • pemilihan kata sesuatu ungkapan atau wacana yang selari dengan tujuan pembicara.
  • contoh: wacana berbentuk pemaparan, penghujahan, pembujukan, dan penceritaan.
  •   Perkara yang harus diambil kira dalam pertuturan:


·Bercakap perkara yang penting dahulu
·Menilai pekara yang hendak dikomunikasika sebelum bercakap (bukan semua yang mahu kita bicarakan adalah mustahak untuk disampaikan).
·Tidak mencelah percakapan orang lain.
· Tidak mengulangi perkara yang sama berulang kali.
· Tidak memuji secara berlebihan.


Jarak sosial
·   Jarak sosial adalah keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada dasarnyaberada dalam zaan atau masa yang sama.
·  Sarjana barat seperti Pitirin A. Sorikin menyatakan pelapisan sosial merupakan perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hiraki.
·  Dari sudut yang lain, jarak sosial dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya.
·   Dalam peraturan berbahasa pula jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok

Konteks percakapan
  •  Menurut Brown dan Yule (1983), menganalisis wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa.
  • Misalnya, penganalisis wacana haruslah mempertimbangkan konteks tempat terdapatnya bahagian sebuah wacana serta perlu mengetahui siapa penutur dan pendengarnya, waktu dan tempat ujaran itu.
  • Dalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam sesuatu peristiwa itu, misalnya penutur, pokok percakapan, tempat bicara dan lain-lain.
  a.    Penutur dan pendengar
Ø  Penutur dan pendengar yang terlibat dalam peristiwa percakapan disebut peserta.
Ø  Berkaitan dengan peserta, yang perlu diperhatikan adalah latar belakang sosial, budaya dan lain-lain.
Ø  Mengetahui latar belakang peserta pada suatu situasi akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya
b.    Topik pembicaraan
Ø  Dengan mengetahui topik pembicaraan, pendengar akan sangat mudah memahami isi wacana, sebab topik pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan betuk wacana yang berbeza pula.
Ø  Penutur dan pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topik yang sedang dibicarakan 
c.    Latar peristiwa
Ø  Faktor lain yang mempengaruhi konteks percakapan adalah latar peristiwa.
Ø  Latar peristiwa mungkin merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar, atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan.
d.    Penghubung
Ø  Penghubung adalah medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan.
Ø  Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur dapat menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau tulisan.
Ø  Ujaran secara lisan dapat pula dibezakan menjadi ragam resmi dan tidak resmi.
e.    Laras bahasa
Ø  Laras bahasa yang digunakan juga amat berkaitan dengan konteks percakapan.
Ø  Penutur dan pendengar harus dapat memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan.
f.     Bentuk pesanan dan maklumat
Ø  Pesanan dan maklumat yang hendak disampaikan haruslah tepat, kerana bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental.
Ø  Pesanan dan maklumat mungkin tidak sampai kepada pendengar
Ø  Contohnya, jika pendengarnya bersifat umum dan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat maka bentuk pesanan dan maklumat harus juga bersifat umum.
g.    Peristiwa percakapan
Ø  Peristiwa percakapan ialah peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan.
Ø  Peristiwa percakapan tersebut dapat menentukan bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan.
Ø  Contohnya wacana yang dipersiapkan untuk pidato pasti berbeza bentuk dan isinya dengan wacana untuk seminar.


Tujuan dan Matlamat
  •  Tujuan dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama ada wacana informatif, wacana khas seperti majlis perasmian, majlis perpisahan atau hiburan.
  • Tujuan dan matlamat peraturan percakapan juga berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan sosioekonomi.
  • Tujuan percakapan perlu selari dengan kekhususan topik yang dibicarakan, seperti bidang ilmiah, bidang industri, bidang pemasaran dan lain-lain.
  • Tujuan juga harus bertepatan dengan suasana keadaan seperti tempat berlangsungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa, kemudahan yang ada dan kesediaan khalayak.
  • Dalam percakapan , kita harus bercakap tentang perkara penting dahulu.
  • Perkara yang penting itu mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang.
Giliran bercakap
  • Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap.
  • Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan.
  • Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap.
  •   Berikut adalah beberapa contoh pola penggiliran dengan cara pertanyaan:

·         “Menurut pandangan kamu bagaimana?”
·         “Mungkin anda ada yang memiliki gagasan lain?”
·         “Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik.”
·         “Bagaimana menurut pendapat anda.”

  •    Berikut adalah aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib:

   Dalam keluarga:
·         Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaanya datuk dan nenek
·         Ibu dan bapa
·         Kakak atau abang yang lebih besar
·         Pihak yang paling kecil, khususnya adik.


    Di sekolah:
·         Pengetua atau Guru Besar
·         Penolong kanan sekolah
·         Ketua unit atau jabatan
·         Para pesyarah atau guru
·         Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah

·         Para pelajar

Memulakan dan mengakhiri percakapan
  •  Masyarakat Melayu mementingkan percakapan yang santun.
  •   Bagi masyarakat Melayu, percakapan yang santun dimulai dengan “Assalamualaikum”
  •   Bagi masyarakat yang bukan beragama Islam, biasanya akan memulakan percakapan dengan “salam sejahtera”, “selamat pagi”, “hello, apa khabar” dan memberikan kata hormat kepada hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang yang lebih tua.

Contohnya, mengakhiri percakapan dengan ucapan terima kasih.
  •       “Terima kasihlah kerana sudi datang”
Contohnya,mengakhiri percakapan dengan permohonan maaf.
  •     “Minta maaflah jika kedatangan kami kali ini mengganggu saudara
Pemilihan Kata
  • Pemilihan kata dan tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam sesuatu masyarakat untuk kita berkomunikasi.
  • Pemilihan diksi beserta wacana yang sesuai perlu dalam kesantunan berbahasa. Pemilihan unsur bahasa tersebut berbeza sesuai dengan tujuan dan matlamat orang yang sedang berkomunikasi.

Contoh:
-Pemilihan kata menerusi penceritaan memerlukan ayat yang menarik, kata yang puitis, dan bahasa yang santun agar pembaca terpesona dan berminat untuk mendengar.
-Pemilihan kata dalam wacana lisan pula lebih cenderung kepada kata-kata pujian seperti “anda hebat”, “penyampaian tuan memukau hadirin” dan sebagainya.





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.