Thursday 6 August 2015

Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Pengertian budi
  • Perkataan budi berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, perketi baik dan mulia.(Teuku Iskandar, 1970)
  • Pengertian ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain.
  • Menurut Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak , atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.
Pandangan islam
  • Menurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
  • Dalam Islam akhlak mulia sangat dipentingkan dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Pandangan masyarakat Melayu
  • Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
  • Budi merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.
  • Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.


Pengertian Bahasa
  • Kamus Dewan (2002), menjelaskan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
  • Ferdinand de Saussure (1960), seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
                     
Ferdinand de Saussure
  • Bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:

-Bersistem dan sistematik
-Arbitrari
-Vokal
-Simbol
-Alat komunikasi
-Dinamis

Pengertian Budi Bahasa
  • Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa.
  • Secara literalnya budi bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu dan bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan dalam perhubungan.
  • Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
  •  Berbudi bahasa akan memberikan natijah yang baik dalam pergaulan ahli masyarakat.

      1.Dalam agama Islam
  • Budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia.
  • Akhlak yang mulia dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik.
  • Seseorang yang berbudi bahasa, akan memiliki sikap yang bersopan santun secara tidak langsung mempamerkan akhlak yang mulia.
  •  Budi bahasa juga cerminan budaya.
  • Budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.
  • Budi bahasa mempunyai peranan yang sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa yang dibina.
2. Dalam Agama Buddha
  • Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.
  • Ini jelaslah bahawa amalan budi berbudi bahasa seharusnya dijadikan sifat utama sejagat kerana sifat ini mampu mencorakkan kehidupan manusia untuk hidup lebih harmoni dan positif.

     3. Dalam Agama Hindu
  • Nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat.
  • Nilai dan kepercayaan ini diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya dengan berteraskan kepada aspek ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan aspek purusharta yang merangkumi empat objektif mulia yang perlu ada pada manusia iaitu aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian.
Ciri-ciri Budi Bahasa
  • Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
  • Apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
  • Lima ciri lain yang dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa ialah : pemaaf, bersifat sabar, bersikap positif, memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi, bersopan santun atau tertib
  • Budi bahasa bukan sekadar pertuturan, malah melibatkan tingkah laku.
  • Menurut Za’ba (1950), sifat berbudi bahasa dicernakan oleh tingkah laku yang baik seperti bersalam, menunjukkan muka yang manis, cara duduk yang tertib, melayan tetamu dengan menghidangkan juadah, membongkokkan badan ketika melintas dan menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu
  • Amalan budi bahasa akan menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.



Budi bahasa dalam masyarakat Malaysia

Budi bahasa masyarakat Melayu
  • Masyarakat Melayu sangat mementingkan budi bahasa semasa pergaulan dalam masyarakat.
  • Keprihatinan masyarakat Melayu terhadap budi bahasa adalah selaras dengan tuntutan agama Islam yang sangat mementingkan ketinggian akhlak.
Budi
  • Jasa dan sumbangan yang diberikan kepada orang lain
Bahasa
  • Medium yang diguna pakai dalam pertuturan
Budi Bahasa
  • Medium yang diguna pakai dalam pertuturan
Budi Bahasa masyarakat Cina
  • Masyarakat Cina yang sebahagian besar menganut Buddha juga sangat mementinkan budi bahasa dalam pergaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup.
  • Ajaran Konfusius menitik beratkan budi yang luhur kepada penganutnya.
  • Ajaran Konfusius menekankan konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri.
Budi
  • perbuatan yang baik kepada orang lain yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan balasan.
  • Pertuturan dan percakapan yang sopan.
Bahasa
  • lambang kepada  sesuatu bangsa di dunia ini.
  • alat komunikasi yang digunakan untuk bertutur dengan orang lain
Budi Bahasa
  • Kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara.
  • Budi bahasa akan membawa kepada harmonian antara masyarakat dan seterusnya dapat  mengelakkan berlakunya peperangan .
  • Masyarakat yang bertamadun mempunyai budi  bahasa yang tinggi .
Budi Bahasa Masyarakat India
  • Masyarakat India sangat patuh kepada ajaran agama Hindu yang juga mementingkan budi bahasa yang mulia dalam kalangan penganutnya.
  • Penganut yang taat kepada agama akan menterjemahkan tingkah laku yang berbudi bahasa semasa bergaul dengan masyarakat.
Budi
  • Jasa dan sumbangan yang diberikan kepada orang lain dengan hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan balasan daripada orang lain.
Bahasa
  • Suatu alat berkomunikasi yang bersistem yang boleh mengeluarkan pendapat atau maklumat tanpa mengira masa dan tempat.
  • Simbol dan indentiti bagi sesuatu kaum.
Budi Bahasa
  • Budi bahasa kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara






\



No comments: