Friday 7 August 2015

Isi Tambahan untuk Bab Kesantunan Berbahasa

Kesantunan Berbahasa dalam Kalangan Remaja
    
 Pada alaf ke-21 yang semakin membangun ini, generasi muda sangat penting dalam membantu memajukan negara kita dlaam pelbagai aspek. Mereka merupakan peneraju pucuk pimpinan negara yang akan berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Walaupun begitu, dalam masyarakat kita masih menghadapi generasi muda ini hilang kebudayaan dengan bercakap denga kata-kata yang kurang sopan. Hal ini mungkin disebabkan oleh oleh pengaruh budaya asing melalui tayangan dalam media massa. Sebagai contoh tayangan 18SX dan 18PL telah menjejaskan pemikiran kerana bahan-bahan mengandungi aspek keganasan, seks, dan sebagainya.
     Selain itu, apabila kita mudah marah, kadangkala kita akan tidak terkawal dan mudah berlaku perselisihan faham. Apabila perselisihan faham ini terjadi secara berterusan dan semakin serius, berlakunya pertengkaran antara satu sama lain. Hal ini disebabkan oleh penekanan terhadap Pendidikan Moral masih tidak diterapkan dengan lebih mendalam ini. Lebih-lebih lagi apabila menghadapi pelbagai masalah yang rumit dan sukar selesaikan, maka emosi kita lebih sukar untuk dikawal dengan baik lagi. Kita haruslah mengubah emosi diri dari megatif menjadi positif melalui aktiviti seperti menjerit di gunung apabila menghadapi tekanan atau marah terhadap seseorang.
    Bukan itu sahaja, penekanan terhadap Rukun Negara juga merupakan slaah satu cara untuk mendidik generasi muda supaya sentiasa menjaga tutur bahasa iaitu kesopanan dan kesusilaan walaupun kita berada di mana sahaja. Sebagai contoh yang kita lihat dalam kurikulum buku teks akan wujud perkataan seperti ini:
     Maka kita rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prisnip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
     
     Dalam buku teks Pendidikan Moral, antara definisi hemah tinggi ialah sentiasa beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan harian yang patuu diamalkan oleh semua orang terutamanya generasi muda pada masa kini.

     Hemah tinggi mencerminkan keperibadian iaitu sifat seseorang individu dengan lebih jelas lagi. Bukit lain yang dapat sokong penyataan tersebut ialah dalam Rancangan Malaysia kesepuluh ( Unit Perancang Ekonomi 2010: 413), negara kita mahu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 'Minda Kelas Pertama' ialah dengan menyemai nilai murni dalam masyarakat kita.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.